Wednesday, February 16, 2011

Khasiat Kulit Kayu Manis

 

 
Khasiat Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2 dibahagikan dalam 6 kumpulan dengan 10 orang setiap kumpulan. 3 kumpulan mengambil kulit kayu manis jenis cassia dalam bentuk kapsul 1, 3 atau 6 gm sehari. 3 kumpulan lain mengambil kapsul placebo. Kapsul berkenaan diambil 3 kali sehari selepas makan. Kumpulan yang mengambil kulit kayu manis menunjukkan hasil dan disimpulkan pengambilan 1gm kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.

Saya sendiri mencuba dengan merendam kulit kayu manis dan minum air rendaman dengan dicampur madu iran ternyata gula dalam darah saya menurun .Tidak lagi ditemui lagi terdapatkah kesan sampingan. Walau bagaimanapun bahan ini telah lama digunakan oleh kita dalam masakan.
Kulit kayu manis in terbahagi kepada dua iaitu kulit kayu manis jenis zeylanicum dan jenis cassia (yang banyak dijual di Negara kita ialah jenis cassia).

Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.

Sebab itulah abuyya lebih suka gunakan kulit kayu manis dalam bentuk cecair bukan yang dikisar kerana bimbang jenis kisaran bukan semuanya larut air yang dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan buah pinggang. Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.

Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes type II.

Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.

Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
 

Friday, February 11, 2011

Daun kari

Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis
cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau
merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.

Jika anda merebus melebihi 60 darjah Celcias akan memusnahkan kandungan
enzim dan menjadi tidak berkesan.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana
ia akan tercerna dalam abdomen anda secara Bio. Saya terbaca dalam
artikel laman herba , terbukti ia berkesan apabila saya menyuruh mertua
saya yang mengidap diabetis selama 2 tahun mengamalkannya ternyata
bacaan pada tahap 9 telah menurun kepada 5 iaitu diparas normal. Paras normal adalah 8 kebawah....
Ada lagi tambahan......
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Berak berdarah

1.Ambil sesudu jintan hitam dan tumbuk sehingga lumat. Setelah itu, campurkan dengan segelas air suam dan minum. Amalkan setiap pagi dan malam sehingga masalah itu tiada lagi.

2.Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminunnya selalu. Insya Allah penyakit anda akan sembuh

3.Akar pokok dukung anak.Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India).




Mukadimah...............Untuk aku..bila perlu

Penat la surf...surf ..bila nak sesuatu..tapi bila tak nak terjumpa la pulak artikel/info yang memang berguna
so aku rasa nak kumpul and paste kat sini ..boleh kan.